Tuesday, June 15, 2010

LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI SK AYER PA'ABAS

Pada18 Feb 2010, seramai 30 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai satu program Khidmat Masyarakat di SK Ayer Pa'abas.


Program ini diadakan untuk melengkapkan jam kredit bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Program ini diadakan selaras usaha kerajaan untuk membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pelajar menjalankan aktiviti bersama pelajar Tahun 6 yang dikendalikan oleh Kaunselor Sek. Men. Keb. Taboh Naning. Aktiviti ini berjalan lancar dan pelajar-pelajar kelihatan seronok serta memberi komitmen yang tinggi dalam program ini. Selain itu juga, pelajar MRSM Alor Gajah juga diberi peluang untuk memberi sedikit kata-kata semangat kepada adik-adik pelajar tahun 6.


Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’Abas kerana menyediakan jamuan kepada pelajar MRSM Alor Gajah.