Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Alor Gajah Gajah telah mengadakan Program Kem Membaca 1Malaysia 2009 bermula 26 Oktober hingga 05 November 2009. Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini berjaya dilaksanakan dengan bantuan pelajar tingkatan 2 dan dijadikan sebagai aktiviti program khidmat masyarakat. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar MRSM ALor Gajah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
26/10/09 MEMBACA 10 MINIT
Pelajar diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing dan membaca apa sahaja bahan bacaan di Pusat Sumber Pelajaran (PSP). Aktiviti ini dilaksanakan untuk semua pelajar sepanjang program berlansung dan dilakukan secara berperingkat iaitu mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan oleh PSP. Guru yang mengendalikan program ini ialah Puan Hazlina binti Ahmad dan Cik Muziana binti Mohd Johar.
27/10/09 BACAAN KEGEMARAN SAYA
Seorang pelajar dipilih untuk menceritakan bacaan kegemarannya iaitu Noraza binti Hanapiah, Tingkatan 2 Engineering. Beliau adalah antara pelajar yang terbaik dan memperoleh keputusan peperiksaan dengan gred purata terkumpul sebanyak 3.78.
Beliau membawa dua buah buku yang bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah dan Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina untuk dikongsi bersama pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dan berlansung selama 30 minit bermula 4.30 petang. Guru yang mengendalikan aktiviti ini ialah Puan Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir dan Cik Muziana binti Mohd Johar.
28/10/09 PUBLIC SPEAKING
Aktiviti ini berlangsung selama 30 minit dan disampaikan oleh Muhammad Azly Haziq bin Sazali pelajar Tingkatan 4 Robotics bermula jam 4.30 petang. Tajuk Public Speaking ialah 20 Days in Japan. Beliau menceritakan pengalaman ketika berada di Jepun serta memberi beberapa pandangan kepada rakan pelajar yang lain bagi merebut peluang yang ada. Guru yang mengendalikan aktiviti ini ialah Puan Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir dan Cik Muziana binti Mohd Johar.
29/10/09 BANNER MEMBACA 1MALAYSIA
Aktiviti ini dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan 2 dan dipecahkan mengikut kumpulan kelas masing-masing. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam bermula jam 3.00 petang. Pelajar dikehendaki melukis satu banner bertemakan Membaca 1Malaysia. Kumpulan pelajar Puteri 2 Engineering memenangi pertandingan ini. Guru yang mengendalikan aktiviti ini ialah En. Zuhairi bin Ab Rahman dan Cik Muziana binti Mohd Johar.
02/11/09 INFO HUNT
Aktiviti ini dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 sahaja dan mereka dikehendaki berada di PSP pada jam 3.00 petang untuk mendengar sedikit taklimat permainan yang berlangsung di PSP. Pelajar dipecahkan mengikut kumpulan homeroom masing-masing dan mencari maklumat di sekitar kawasan dalam PSP sahaja. Homeroom yang memenangi aktiviti ini ialah Homeroom Cikgu Zamri dan Cikgu Fazlina. Guru yang mengendalikan aktiviti ini ialah Pn. Rosita binti Rejab.
03/11/09 PUISI MEMBACA 1MALAYSIA
Aktiviti ini disertai oleh pelajar Tingkatan 4 bertempat di PSP. Pelajar dikehendaki mendeklamasikan sebuah puisi bertemakan Membaca 1Malaysia yang direka secara berkumpulan. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan ‘Nervous Breakdown’.
10/11/09 PENYAMPAIAN HADIAH
Hadiah disampaikan kepada pemenang pada 10 November 2009 oleh Pengetua di Tapak Perhimpunan Pagi.
Secara keseluruhannya, program ini boleh membentuk kepimpinan diri pelajar dalam mengendalikan program bersama dengan guru-guru yang turut serta dalam memberi bimbingan dan nasihat.
Pelajar boleh mendapatkan pelbagai contoh program dan aktiviti daripada pelbagai sumber dan dijadikan sebagai rujukan untuk aktiviti seterusnya.